Thursday, March 10, 2011

sahabat

 
 
Apa erti friendship? Persahabatan? Persaudaraan? Ikatan hubungan? Hmm semua itu menjadi persoalan yang membawa seribu pengertian...
Maksudnya terlalu luas, nilainya terlalu agung hadirnya memberi harapan kepada kita. Itu lah yang difikirkan oleh mereka yang mementingkan persahabatan.

Ketulusan menjadi lambang kesucian dalam perhubungan,
Keikhlasan menjadi ikatan kemesraan antara hati,
Kasih yang tidak ternilai dari seorang sahabat,
Semuanya membawa kita menuju mahligai kebahagiaan.

Cakap sahabat yang jujur sebenarnya lebih bernilai daripada harta warisan nenek moyang kita. Itulah kata Saidina Ali r.a.


Sahabat adalah akar kekuatan kepada pohan kelemahan kita.
Mereka pendorong kita di kala susah di samping kita menumpang kegembiraan.

Sahabat seorang yang memahami kita,
membantu kita ke arah kebaikan
menolong kita di kala kesesatan
menegur kita apabila kita melakukan kesalahan.

Jangan lah kita menganggap orang yang rapat itu mampu setia kepada kita dan mereka yang jauh itu buta tentang kita.

Kadangkala mereka yang jauh itulah memerhatikan kita, mengambil berat tentang diri kita dan sentiasa berdoa untuk kita.

Kadangkala yang rapat itulah sebenarnya menyuntik racun ke dalam jiwa kita dan yang tidak jemu-jemu menegur itulah menyuapkan penawar kepada kita walaupun pada permulaannya memang pahit.

Rakan yang jarang menegur kita di kala kesesatan mereka itu hanya hidup di bawah bayang-bayang kekeliruan. Mereka ini tidak layak digelar sebagai sahabat.
Cukup sekadar kawan

Carilah sahabat yang terbaik untuk diri kita:

Orang yang sentiasa menunjukkan kebenaran

Orang yang sentiasa membantu di kala memerlukan

Orang memandu kita di kala kebingungan

Orang yang menegur kita apabila kita melakukan kesalahan...

Kawanlah yang sentiasa mengisi rongga kehidupan kita. Liku-liku kehidupan kita ketika remaja hinggalah ke dewasa bersama rakan-rakan.

Adakah kita sanggup menghabiskan sisa-sisa hidup kita dengan berdamping bersama orang-orang yang melekakan kita? Tidakkah terasa kerugian apabila kita mendapat kegembiraan untuk sementara bersama kawan-kawan yang menyebarkan racun atau menikmati kebahagiaan indah bersama sahabat yang sentiasa menyokong kita dan sentiasa membenarkan kebenaran terhadap diri kita? Sanggupkah kita memakan diri kita? Sanggupkah kita mengkhianati sahabat setelah mereka membimbing kita dan bersama kita ketika kita memerlukan?

Carilah sahabat yang membawa nur kebenaran dan pandulah teman yang berada dalam bayang-bayang kekeliruan.

Bezakanlah antara kaca dan permata,

Bezakanlah antara kebenaran dan penipuan,

Selemah-lemah manusia ialah orang tidak mampu mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari
(Saidina Ali R.A)


Sahabat amat penting,
Pilihlah yang terbaik untuk diri kita,
Bersama-sama sahabat,
Menuju medan kemuliaan...

Apa yg wanita mahu??

Keinginan dalam perhubungan  ; ) 

  Apa yang sebenarnya dimahukan oleh seseorang wanita dalam perhubungan cintanya????..ini yang sering bermain di minda seorang lelaki merujuk kepada kekasihnya..hmmph..cam susah je!! Seperti yg semua sedia maklum,hati s'org wanita itu umpama tmn yg mekar dengan bunga-bungaan yg indah.Kelembutan hatinya hnya dpt dirasai oleh insan yg benar2 disayangi..sekiranya anda benar2 menyayangi si dia lakukanlh yg terbaik utknya..jgn pernah anda melukai hatinya walau sedikit kerna itu akan membuat hatinya berbelah bagi.s'org wanita itu tdk memerlukan pmberian brngan atau wang jika hatinya tulus mncintai kmu,oleh itu hendaklah kmu mnjaga cinta itu sebaiknya..s'org wanita itu juga memerlukan lelaki yg boleh mnjaga dirinya dan keselamatannya..wanita juga lebih menyukai lelaki yg boleh meluahkan isi hatinya tnpa perlu berkias atau berdrama,luahkan shja apa yg kamu rasai dgn baik tnpa melukai hati si dia.lakukanlah tugas kamu utk menyelami perasaan si dia agar dia tahu kamu benar2 perhatian kepadanya,biar tnpa dia bicara kamu tahu apa yg dia ingini.kongsi masalah yang dialaminya dan sokonglah dia dlm setiap prkara yg benar dan nasihatilh dia dlm prkara yg mmudartkn.yang penting serikan hubungan anda dgn perkara2 yg ceria dan lakukan aktiviti yg boleh merapatkn hubungan kamu.ini krna wanita itu biasanya lbih tertarik kpda lelaki yang sentiasa ada bersamanya dan dia fahami.tunjukkan jga hati budi kmu yg baik krna itu akn mmbuat dia lbih tertarik kpd kamu.

SIMPLE SAYS, do your best to love her!!!!